Dia juga akan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola keluar ke kawasan AB dan AD. Pengadil X juga akan memulakan permainan (hantaran tengah) setiap kali gol dijaringkan dalam kawasannya. Sementara pengadil Y pula akan mengadili dan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola terkeluar dari kawasan DC dan CB. Pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai yang terdiri daripada baju T-shirt, skirt, seluar pendek atau panjang, stoking dan kasut kanvas. Pemain juga dikehendaki memakai pakaian seragam berhuruf yang dipanggil ‘Bibs’. Huruf pada ‘bibs’ mestilah ditulis dengan terang di bahagian depan dan belakang yang menunjukkan posisi dan tugas mereka.
Pemain bersama ‘bibs’ yang dipakai juga mestilah didaftarkan serta dipakai sepanjang waktu pertandingan. Sebarang barang kemas dan aksesori badan tidak boleh dipakai semasa pertandingan dan kuku mestilah dipotong pendek.